Tuesday, August 25, 2009

Kerusi Buruk

Ku teringat hari ini hari Selasa. Penuh dengan dugaan dan cabaran menantiku. Kerna ku punya kelas bermula pada hari Selasa. Entah mengapa ku rasa hari ini begitu kosong buat diriku. Bagaikan tin Coca Cola yang telah habis diminum. Eish, dahla terpaksa duduk di kerusi. Alangkah baiknya jika duduk di lantai sahaja. Dapat juga bersantai. Dapat juga melihat leng loi yang cantik-cantik. Pagi ini ku membuat satu perubahan dalam diriku. Setelah sekian lama ku tak membuat kerja tu, tiba-tiba ku lakukan. Pekerjaan:meniru. ( Amaran: Jangan mencontohi tauladan yang tidak baik ini) Dalam subjek Hubungan Etnik tadi la ku melakukan gejala yang sangat tidak baik. Memandangan tiga puluh markah dan agak bahaya kalau tidak belajar, ku ambilkan satu keping kertas kecil lalu menulis "short note" di dalamnya. Walaupun demikian, nasib tidak menyebelahi ku. Ku sangka isi yang ku tulis mampu menjana minda ku yang usang itu. Mungkin berlakunya ageing process dalam otak ku. Ku sepatutnya sedar dengan perbuatan ku itu. Diharap ku kan tidak membuat perkara tu lagi.

No comments: